Thursday, December 31, 2009

Happy New Year


welcome 2010

GOODBYE 2009


31 Disember 2009

Harini penghujung tahun 2009..
Pagi tadi aku ada interview kat FPG Oleochemicals sdn sebagai Account Associate. aku kena buat 3 ujian, susah jugak...xtau la lepas ke x..klu ada rezeki tahun baru ni, ada la..semoga 2010 ni, aku ngan kuarga dimurahkan rezeki dan bertambah bahagia...semoga amsyar cepat besar dan sihat selalu..

Hepi New Year 2010




Wednesday, December 30, 2009

Tonight Movie

AVATAR 3D

LaYannn

Monday, December 28, 2009

Harini da 29/12, lagi dua hari nak sambut tahun baru..adakah aku da bersedia???
utk cabaran2 akan dtg...semoga tuhan memberi aku kekuatan dan kesabaran yg kuat dlm menharungi dugaan dan cabaran yang akan datang...Semoga aku dan kuarga dimurahkan rezeki dan hubby aku berjaya mencapai impiannya..dan cepat2 la aku dpt kerja yg sesuai ngan pendidikan aku..sbb aku nk kena byr hutang yg bnyk, hutang PTPTN...huwaaaa...

ermm...hari sabtu, pas keje aku ajak hubby n my BB tgk wayang tuk menghiburkan hati...mula2 nk tgk citer avatar 3d, tp disebabkan da full..terpaksa la tgk citer alvin and chipmunk...waa...sonok tgk citer ni, amsyar pun xcited tgk citer ni...he3...




Wednesday, December 23, 2009

BOSAN

BoSaN


BoRing


Tahap meMualKan, nk Muntah Pun ada...


Apa Yg paTut aku buat..



HELP ME!!!!

Monday, December 21, 2009

Year End Sale (YES)


Year End Sale (YES)

Argghhh...penghujung taun sudah...masa ni la time sale sini sana..aku pun naik pening...biasa la perempuan pantang nmpak, yg xde duit pun leh ada duit...he3...rambang mata aku dibuatnya, tp aku menahan nafsu..nafsu membeli la..hu3...tp sempat la jgk aku shoppin keperluan amsyar, yelah ngah sale giler2 brg baby..xspecially botol avent, dpt la jgk aku rembat tuk amsyar..baju bb pun geram aku tgk, tp nsb baik la bnyk baju bb gal..anak aku ni boy..so xsesuai la..sabar2..bnyk menda lain yg lebih penting yg perlu difikirkan..shopin ala kadar jek..(ye ke??)..kui..kui..

Sunday, December 20, 2009

Bayi ku semakin membesar

Tahap-tahap perkembangan si kecil

0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

Friday, December 18, 2009

Hujan...Hujan


Sediakan Payung Sebelum Hujan!!!!

Hujan..Hujan..
xtvt apa ya nk buat klu hujan2 nih...
ingatkan hujung minggu ni nak ke
Bukit Gambang Resort & Water Park..nmpknya kn kansel lagik, cam xsesuai la nk bwk si kecil tu nk pi mandi manda ngah hujan2 nih..nati kn demam, susah plak aku n hubby dibuatnya...nampaknya wekend ni, dok kat rumah je la..layan dvd..sat lagik pi cari dvd,layan citer lg bes...hu3


My Spy


MySpy

akU da Tgk Citer nih, mmg kelakaR seSangat, boleh la tuk mereleasekan tension..
aku angkut sekali amsyar tgk wayang, nsb baik dia xmeragam...msk ni da 3 kali dia msk wayang..so far, xde masalah la nk bwk dia pi tgk wayang...dia pun join tgk sekali...xlama pun, alih2 wayang tgk dia..he3..pepun mmg enjoy tgk citer nih...


Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Selamat menyambut Tahun baru hijrah ke 1431

Apakah azam anda tahun ini?

Adakah tahun ini lebih baik dari tahun lepas???

Insya Allah

aku akan berusaha bersungguh dlm mencapai impian aku

semoga tahun baru ni 1 permulaan yg baik utk aku dan juga family aku

amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...