Thursday, December 31, 2009

Happy New Year


welcome 2010

GOODBYE 2009


31 Disember 2009

Harini penghujung tahun 2009..
Pagi tadi aku ada interview kat FPG Oleochemicals sdn sebagai Account Associate. aku kena buat 3 ujian, susah jugak...xtau la lepas ke x..klu ada rezeki tahun baru ni, ada la..semoga 2010 ni, aku ngan kuarga dimurahkan rezeki dan bertambah bahagia...semoga amsyar cepat besar dan sihat selalu..

Hepi New Year 2010




Wednesday, December 30, 2009

Tonight Movie

AVATAR 3D

LaYannn

Monday, December 28, 2009

Harini da 29/12, lagi dua hari nak sambut tahun baru..adakah aku da bersedia???
utk cabaran2 akan dtg...semoga tuhan memberi aku kekuatan dan kesabaran yg kuat dlm menharungi dugaan dan cabaran yang akan datang...Semoga aku dan kuarga dimurahkan rezeki dan hubby aku berjaya mencapai impiannya..dan cepat2 la aku dpt kerja yg sesuai ngan pendidikan aku..sbb aku nk kena byr hutang yg bnyk, hutang PTPTN...huwaaaa...

ermm...hari sabtu, pas keje aku ajak hubby n my BB tgk wayang tuk menghiburkan hati...mula2 nk tgk citer avatar 3d, tp disebabkan da full..terpaksa la tgk citer alvin and chipmunk...waa...sonok tgk citer ni, amsyar pun xcited tgk citer ni...he3...




Wednesday, December 23, 2009

BOSAN

BoSaN


BoRing


Tahap meMualKan, nk Muntah Pun ada...


Apa Yg paTut aku buat..



HELP ME!!!!

Monday, December 21, 2009

Year End Sale (YES)


Year End Sale (YES)

Argghhh...penghujung taun sudah...masa ni la time sale sini sana..aku pun naik pening...biasa la perempuan pantang nmpak, yg xde duit pun leh ada duit...he3...rambang mata aku dibuatnya, tp aku menahan nafsu..nafsu membeli la..hu3...tp sempat la jgk aku shoppin keperluan amsyar, yelah ngah sale giler2 brg baby..xspecially botol avent, dpt la jgk aku rembat tuk amsyar..baju bb pun geram aku tgk, tp nsb baik la bnyk baju bb gal..anak aku ni boy..so xsesuai la..sabar2..bnyk menda lain yg lebih penting yg perlu difikirkan..shopin ala kadar jek..(ye ke??)..kui..kui..

Sunday, December 20, 2009

Bayi ku semakin membesar

Tahap-tahap perkembangan si kecil

0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

Friday, December 18, 2009

Hujan...Hujan


Sediakan Payung Sebelum Hujan!!!!

Hujan..Hujan..
xtvt apa ya nk buat klu hujan2 nih...
ingatkan hujung minggu ni nak ke
Bukit Gambang Resort & Water Park..nmpknya kn kansel lagik, cam xsesuai la nk bwk si kecil tu nk pi mandi manda ngah hujan2 nih..nati kn demam, susah plak aku n hubby dibuatnya...nampaknya wekend ni, dok kat rumah je la..layan dvd..sat lagik pi cari dvd,layan citer lg bes...hu3


My Spy


MySpy

akU da Tgk Citer nih, mmg kelakaR seSangat, boleh la tuk mereleasekan tension..
aku angkut sekali amsyar tgk wayang, nsb baik dia xmeragam...msk ni da 3 kali dia msk wayang..so far, xde masalah la nk bwk dia pi tgk wayang...dia pun join tgk sekali...xlama pun, alih2 wayang tgk dia..he3..pepun mmg enjoy tgk citer nih...


Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Selamat menyambut Tahun baru hijrah ke 1431

Apakah azam anda tahun ini?

Adakah tahun ini lebih baik dari tahun lepas???

Insya Allah

aku akan berusaha bersungguh dlm mencapai impian aku

semoga tahun baru ni 1 permulaan yg baik utk aku dan juga family aku

amin

Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

My 1st Annivessarry

08.08.09
harini 1st annivessarry aku..
da genap setahun, aku da kawin
cepatnya masa berlalu ek...
klu setahun yang lepas aku bergelar istri
kepada Muhammad Akram..
kini aku sudah bergelar mama pada anak lelaki ku
"Muhammad Amsyar Elman"..
Kini hidupku lengkap..=)
Terima kasih abang atas segala sayang dan cinta abg selama ini...semoga cinta kita ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...=)

i love u soo Much....


Sempena 1st anniversarry nih, aku n hubby just celebrate biasa2 ajek..
berpeluang dating berdua, pi kuar mkn berdua....mmg aku ada niat nk belikan hadiah tuk my hubby, tp my hubby xnak..katanya simpan duit tuh tuk amsyar..yelah,bila da ada anak nih,mesti kn fikirkan dia n ms depan dia...sempatlah jgk aku beli baju tuk amsyar.....waktu ni amsyar lak dok ngan wan dia..
sori ya anak mama, bkn mama xnak bwk amsyar sekali
tp ngan keadaan H1N1 nih..
mama xberani nk bwk kuar amsyar..lain kali k..
mama n papa bwk amsyar pi jln2..


Friday, August 7, 2009

Putera dan Puteri2nya...=)

Adriana & Al Arissa Sofea
Nurin Widad Maizani
Damia Irdina Batrisyia

Khairunnisa Zahra
Mya Alya Aisya

wahhh....ramainya baby gal...pilih2 yg mana satu nk wat menantu nih...he3....disaat aku berjuang di bilik bersalin, ada jugak kwn2 aku juga sama turut sama berjuang melahirkan baby pertama diorg....jadi umo baby kitaorg ni lebih kurang sama la...ada juga yg lahir sama tarikh ngan amsyar...nama2 baby pun indah betul, semoga perangai anak kita pun seindah namanya..=)...apapun semoga kita akan menjadi ibu dan bapa yang baik kepada anak2 kita...
dan of course aku kena letak pic hero aku nan 1 nih...

Muhammad Amsyar Elman

p/s: sori ya para ibu2, mama amik pic anak2 kalian...=)


Bachelor in Finance (Mac 2009)

'Bachelor in Finance'

Setelah 3 tahun aku merantau belajar nun jauh di utara, akhirnya aku berjaya mengenggam segulung ijazah...yang paling menggembirakan aku,aku naik pentas tu bukan sowang tp berdua..kerana waktu ni aku mengandung 7 bulan...alhamdulillah, bb ku jugak dpt naik pentas..harap satu hari nanti dia akan mengikut jejakku dan papanya...aku syukur sgt2,kerana aku dpt meraikan kejayaan ku bersama kuarga dan suami ku tersayang....=)

Maternity Moment

Selepas 2 bulan aku kawin,aku pindah duk sendiri kat alor akar..nasib baiklah rumah aku dekat ngan rumah kuarga aku...xla demam rindu sgt..wekend boleh la balik jmp diorg,kan...sebulan lebih pas pose,aku xdtg bulan..aku mula syak aku pregnant..aku ajak my hubby pi klinik..ermmm..betul la tekaan ku..aku mengandung 6 minggu.. 4 Bulan
7 Bulan8 Bulan

3 bulan pertama aku ada alahan,xleh makan nasi..asyik nk muntah jek..tp xde la teruk sgt..bila kandungan da msk 4 bulan, selera aku bertambah2..berat badan pun makin naik..suka sgt..bila kandungan da 5 bulan,aku da boleh rasa bb bergerak2 dlm perut...bila aku pi scan,stil xnampak jantina nya..ermmm..dia nk suprise kat mama dan papanya kot...tp instict aku kata bb boy..xpela, janji bila smp masa ibu n bb selamat..syukur sgt2 sepanjang aku mengandung aku xde alahan yg teruk..cuma penat sbb bwk perut kot...=P

Thursday, August 6, 2009

My Big Day

Akad Nikah 08.08.08

Majlis Sanding 16.08.08

Pada 08.08.09, dengan sekali lafaz aku selamat diijabkabulkan dengan suami ku, Mohammad Akram Bin Hasnishah di Masjid Negeri Kuantan...Kenduri nya pulak seminggu selepas itu,nasib baiklah aku dpt cuti..kebetulan aku kawin ms aku masih lg praktikal kat mbsb..tu la gatal sgt nak kawin,xsempat nk tunggu habis praktikal...Fyi,aku terpaksa..eh,bukan kawin paksa...akram la merangkap suami aku skrg ni nak sangat tarikh kawin 08.08.08,kononnya senang nk ingat...okla,cyg ikut je la..nasib baik sempat lagi book ngan butik..itupun da book 8 bln awal,ingat kan nak servey2 dulu..alih2 terus book..nasib baik la sempat..rupanya ramai jugak nak kawin tarikh tuh..Apapun kini aku sudah bergelar isteri...Semoga ikatan yang termetrai ini akan berkekalan sehingga akhir hayat..alway luv u,My Hubby Muhammad Akram Hasnishah..



Gambar Studio




Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Hari ini aku berpuasa,xtually pose ganti yng masih xberganti2...he3...xtau la larat ke tak,memandangkan aku masih sakit tekak...Lgpun da xlama lg da nak tiba bulan ramadhan..tu la bila saat akhir, baru nak ganti mula la terkejar2 nk ganti...otw nk pi keje,ramai org da pakai penutup mulut,sebagai langkah berjaga2...tgk berita semalam jumlah kematian pun da makin meningkat,kat kuantan ni ada da 1 mangsa,budak umor 6 tahun..sian kat parent diorg....
Hari ini nisfu syaaban,maknanya lagi 15 hari kita semua akan berpuasa sempena bulan ramadhan...
Hari nisfu sya'aban ni adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)...dengan buku catatan amalan kita yg baru ni, semoga kita akan memperbanyakkan amalan2 yang baik...=)

H1N1


H1N1...keadaan semakin teruk,sekarang sudah menular di malaysia...takutnya la,hanya demam dan selsema boleh menyebabkan kematian...aku pun da terasa mcm xsihat,asyik pening kepala dan sakit tekak tp xdela teruk sgt..still boleh pi keje...adik aku da kena demam,boleh tahan jgk panas bdn dia..da pi klinik,doc kata cm demam biasa...paling riso sekali of course la my baby,dia tu kecik lagi..awal2 lagi nenek da bg ubat..harap amsyar ni kuat la..aritu ms kena injet pun dia xdemam...klu dia demam,susah hati la...kn amik cuti la jaga dia...harap keadaan akan pulih cepat...amin...

Monday, August 3, 2009

BedRoom

Ms dlm pantang,aku selalu la layan tenet..itu pun klu si amsyar ngah tido...dr xbuat apa,nak tido pun xleh..aku bnyk la cari n baca ttg baby, penjagaan baby, BF , gosip dan mcm2 lagi la...kebetulan tertgk la satu forum ttg bilik tido tuk anak...cantik2 betul decoration bilik tuk budak,teringin sgt nak decor bilik tuk amsyar mcm dlm pic tuh....actually aku minat warna pink,tp xsesuai la tuk amsyar..amsyar kan budak laki...klu la tuk anak perempuan,aku nk decor bilik dia mcmni..cantik betul...insyallah,moga impian jadi kenyataan.=)

Muhammad Amsyar Elman

Syukur ke hadrat illahi,akhirnya aku selamat melahirkan putera sulung ku pada 27hb Mei 2009, 2.56kg..Yang paling aku teruja, putera ku dilahirkan pada tarikh yang sama dengan mama (27hb Nov 1983) dan papanya ( 27hb Mac 1981)...sepatutnya due date deliver 09/06..pada malam 26hb sempat aku berseloroh pada suamiku,kan bes baby kita lahir esok,sbb nak tarikh sama la konon,xsangka masin mulut aku....Tepat kul 11.15 aku selamat melahirkan amsyar...Mama dan Papa akan menjaga anugerah yang tak ternilai ini dengan sebaiknya....selepas ni,mama akan citer lagi perkembangan terbaru ttg amsyar dan xlupa juga citer ttg awek2 amsyar...he3..mama plak yg gatal, bukan apa ramai ngat kwn2 mama yg lahirkan bb gal..mama plak dpt bb boy,so ramai la awek2 amsyar ni..tunggu yek..

Sunday, August 2, 2009

My Happy Family

















Dulu berdua,sekarang sudah bertiga...lengkap sudah hidupku..=)...Semoga kehadiran Permata hati "Mohammad Amsyar Elman" akan mewarnai lagi kehidupan ku yang mendatang...Mama sayang hero mama 'Amsyar' dan juga cinta Mama 'Mohd Akram'...

Selalunya aku selalu baca blog2 org lain ttg xtvt dan perjalanan hidup mereka...xpenah pun terlintas difikiran aku utk menulis ttg hidup aku di blog,lgpun aku ni xpandai la nk mengarang ayat...sehinggalah disuruh oleh kwn, terdetik di hati apa salahnya aku mencuba,kan?....sekurang2nya aku ada catatan ttg kehidupan aku,suami, anak dan kwn2...aku menyatakan hasrat aku pada suamiku..dia menyokong,malah dia jgk nk buat blog...dan suruh aku ajar dia,pdhal aku pun br nk merangkak..xpe,cyg akan ajar abg yek,tunggu cyg blaja dulu...he3...nati aku akan ceritakan kenangan2 yg manis sepanjang aku bergelar isteri, pekerja dan juga skrg ni da ada status baru "mama'....*wink*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...